Thursday, April 22, 2010

chaotic!

minggu lepas adalah minggu yang sangat mengujakan..dari persiapan nak viva, balik kampung hinggalah pada hari viva..persiapan viva terasa begitu perlahan masa berlalu.seperti biasa bila buka aja poerpoint, rasa malas,mengantuk, tak bermaya mula menguasai diri..siap boleh lepak-lepak sambil layan kartun dan buat tayangan larut malam lagi..ahaks!dewi sempat berkampung di teratak 196 ini selama 2 hari gara-gara rumah dia tak ada air.huhuhu..kesian..makan-makan adalah perkara biasa!alhamdulillah slide sempat siap sebelum balik kampung pada hari jumaat.
part paling best bila dapat balik kampung pada hari jumaat malam.ditemani sepupu yang baru je masuk belajar kat CIAST dan bersama k.ima dan 2 anaknya, yati dan uzair dan adik aku janah kitorang semua pulang ke kedah.yay!!!sampai dalam pukul 6 am dan bersarapan pulut nasi bersama lauk gulai ayam dan daging masak merah..fuhhh!!!rasa macam dah taknak balik shah alam dah..ahaks!tengahari berlaukan masak lemak perut+rebung, daging masak badam,perut rebus+air asam dan gulai ayam..sob..sob..rindunya kat mak...!!malamnya pekena nasi kandar kayu!aduh...aktiviti penuh dengan makan aja..bangun makan,tidur makan..semuanya makan aja..yang paling best balik kampung kali ini semua akak aku berkumpul..bergebang suara mengalahkan pakai speaker..duduk dekat-dekat pun nak terjerit-jerit lagi.mengalahkan ane kedai sebelah aja.sampaikan abah aku pun tak tahan nak join sekali..best sangat!!masa ini semua berkumpul dan yang paling teruk sekali nak kena jaga anak buah aku yang buasnya first class gitu!nak naik kuda la, nak main buih la, nak dukung la, nak tengok kartun la..pening..rasanya jalan yang terbaik nak turunkan berat badan dengan senang hanya dengan jaga diorang aja..ahaks!i LuV them so0o0o0 much!!yang paling thriller sekali lepas aja kitorang balik sini mak aku demam..haa..mesti disebabkan penat layan kerenah anak-anak yang sememangnya banyak karenah ini..mak..LuV u so0o0o0o0 much!!
viva pada 20 haribulan berlansung dengan tenangnya.walaupun soalan yang ditanya tidak dijangka harap examiner dan prof nasir berpuas hati dengan jawapan dan presentation aku.amin..yang paling best aku sangatlah risau kerana aku tak rasa "nebes"..ahaks!cikmamai dan cikjon rasanya 2-4 hari sebelum viva dah kejung..aku masih lagi bergelak ketawa..aku pun tak tahu kenapa..cuba juga wujudkan suasana "nebes" itu.tapi..sampai kesudah,haram....!tapi pada pagi viva itu memang kecut jugaklah."nebes" dia memang tak ingat la..english pun terabur aja.ahaks!harap semuanya baik belaka..AMIN!

No comments:

Post a Comment