Thursday, April 29, 2010

mentel!

hari ini memang adalah hari mencarut sedunia bagi aku..bagi orang lain mungkin hari ini hari kekasih ke..hari mengejar siti ke..hari menghantar thesis ke..hari mencurah air keatas mat top ke..(esh!hari itu da lepas da..!)..hari ini aku telah membuat dosa kepada seorang makcik yang aku rasa dari segi penampilannya seperti seorang yang akan memberi ceramah hal ehwal islam kalau ajak berborak,atau lebih pendek lagi seorang ustazah.layaknya lah!ya allah ampunkanlah dosa hambamu ini..dinasihatkan kepada wanita-wanita diluar sana termasuklah aku sendiri silalah bersikap sesuai dengan peribadi anda.jangan nak memalukan kaum-kaum wanita lain..(apa yang aku mencarut ini??)tengok!mencarut lagi..aesh.!!
kalau cakap pasal finance officer unisel ini,sesiapa yang pernah bergelar penuntut universiti ini memang akan mengalami sindrom "hurtburn" peringkat terahir.kalau tidak disejukkan dengan makan-makan nescaya akan komalah selama beberapa hari.berurusan dengan officer-officer ini memang akan mencabar minda dan fizikal.dekat pintu finance itu pun da mengalami simptom-simptom seperti hati berdetak dengan lebih kencang,kaki macam taknak melangkah dan pelbagai lagi la..!hari ini aku sebagai penuntut universiti itu terpaksa melangkah ke bendahari untuk mengambil clearance slip bagi membolehkan aku menduduki peperiksaan akhir tahun.(skema habis!bunyi macam surat rayuan aku aje..!)disinilah episod hitam itu bermula...........
akak yang aku gelar ustazah ini telah mencabar minda aku yang telah berulang-ulang kali aku bilang supaya bertindak rasional supaya aku tidak membuat kecoh atau kemudian hari terpaksa membayar yuran lebih disebabkan terpaksa menanggung kos rawatan perubatan akak ustazah itu kerana telah dicacakkan pen kedalam lubang hidung beliau oleh aku!kes melibatkan "akak-akak" ini telah aku lalui setiap semester semasa aku belajar di universiti ini.tak pernah sekali pun aku ter"miss".semalam aku ke bendahari dengan harapan dapat mengambil clearence slip.tapi disebabkan system down maka akak ustazah itu tidak dapat mengenal pasti status kewangan aku.so akak ini check la aku punya portal dan terdapat sebanyak rm2ribu jumlah hutang aku kat unisel ini.disebabkan ada hutang maka tak dapat ambil slip..tapi aku cuma hutang rm595!so aku dengan rendah diri menyuruh akak ustazah itu memeriksa sekali lagi aku punya penyata.terdapat 2 subjek yang berharga rm1500 yang tidak diambil oleh aku kerana tidak mengambil semester pendek tercatat disitu.tapi dia masih tidak berpuas hati dan menyuruh aku datang esok aka hari ini sambil membawa penyata kewangan.
so hari aku datang lagi sambil membawa penyata kewangan.
sekali lagi aku berurusan dengan akak ustazah mentel ini..sesampainya aku dikaunter aku terus menyerahkan penyata aku dan cuba untuk menerangkan tentang masalah overlap itu.boleh pulak dia buat-buat tak dengar sambil sebuk berdebat dengan seorang "brader' ini.yang bestnya si"brader" ini malas nak layan dia so diorang ada bertekak sikit dan abang ini telah meninggikan suara kat akak ustazah mentel ini..ahaks!mak suka!mak suka!dan dengan beraninya aku mengangkat tanda "good" kat "brader" itu.jahat mak..! berbalik kembali kepada masalah aku ini,si mentel ini boleh pulak tanya kat "brader" itu pasal penyata aku ini."brader" itu dengan kereknya menjawab "manalah saya tahu??betul la kot"macam gitulah jawapannya.2 thumbs up kat "brader" itu.dan aku cakap kalau tak boleh uruskan sila kasi penyata balik supaya boleh buat rayuan.ahaks!si mentel ini masih tidah berpuas hati lansung membuka portal aku.tak percaya aku la itu!sama jer la noks!!boleh pulak si mentel ini cakap aku repeat 2 subjek itu.hangin mak hangin!!so aku cakap la sistem da ada bole cek.dia cakap tak boleh.ok fine.aku mintak balik penyata kewangan aku supaya aku boleh pergi buat rayuan kat ketua bendahari.si mentel ni pulak boleh buat-buat telifon sesape ntah sampai la jam menunjukkan pukul 5.dan simentel dengan muka selamba cakap kat aku "tak boleh nak buat apa-apa la dik" then kasi penyata kat aku.watderfak!!!!!dah pukul 5!awal-awal suda kubilang kalau tak boleh kasi aja penyata kat aku supaya aku bole buat rayuan!!!!!!arghh!!!!!mentel aku berurusan dengan orang mentel ini!!mentel!!!arghhhhhhhhh!!!!!mentel!
pesanan untuk akak ustazah mentel walaupun aku tahu dia takde de nyer nak baca blog aku ini ha..kata-kata ini hanyalah luahan tidak puas hati berapi kat akak mentel ini.akak mentel..kalau nak tunjuk hebat pun tak kena masa la akak.kalau nak kenakan aku pun juga tak kena masa la akak mentel oi!terasa tau akak buat macam ini..menyampah!!!huh!

Wednesday, April 28, 2010

today.

today or to be mo precise this night, i will add all my friends who did not add me at facebook!just this night!!cik john and cik mamai please dont call me arrogant anymore ok!!!huh!!!only this night...


p/s:err..tak jadila..taknakla....ahaks!

Thursday, April 22, 2010

chaotic!

minggu lepas adalah minggu yang sangat mengujakan..dari persiapan nak viva, balik kampung hinggalah pada hari viva..persiapan viva terasa begitu perlahan masa berlalu.seperti biasa bila buka aja poerpoint, rasa malas,mengantuk, tak bermaya mula menguasai diri..siap boleh lepak-lepak sambil layan kartun dan buat tayangan larut malam lagi..ahaks!dewi sempat berkampung di teratak 196 ini selama 2 hari gara-gara rumah dia tak ada air.huhuhu..kesian..makan-makan adalah perkara biasa!alhamdulillah slide sempat siap sebelum balik kampung pada hari jumaat.
part paling best bila dapat balik kampung pada hari jumaat malam.ditemani sepupu yang baru je masuk belajar kat CIAST dan bersama k.ima dan 2 anaknya, yati dan uzair dan adik aku janah kitorang semua pulang ke kedah.yay!!!sampai dalam pukul 6 am dan bersarapan pulut nasi bersama lauk gulai ayam dan daging masak merah..fuhhh!!!rasa macam dah taknak balik shah alam dah..ahaks!tengahari berlaukan masak lemak perut+rebung, daging masak badam,perut rebus+air asam dan gulai ayam..sob..sob..rindunya kat mak...!!malamnya pekena nasi kandar kayu!aduh...aktiviti penuh dengan makan aja..bangun makan,tidur makan..semuanya makan aja..yang paling best balik kampung kali ini semua akak aku berkumpul..bergebang suara mengalahkan pakai speaker..duduk dekat-dekat pun nak terjerit-jerit lagi.mengalahkan ane kedai sebelah aja.sampaikan abah aku pun tak tahan nak join sekali..best sangat!!masa ini semua berkumpul dan yang paling teruk sekali nak kena jaga anak buah aku yang buasnya first class gitu!nak naik kuda la, nak main buih la, nak dukung la, nak tengok kartun la..pening..rasanya jalan yang terbaik nak turunkan berat badan dengan senang hanya dengan jaga diorang aja..ahaks!i LuV them so0o0o0 much!!yang paling thriller sekali lepas aja kitorang balik sini mak aku demam..haa..mesti disebabkan penat layan kerenah anak-anak yang sememangnya banyak karenah ini..mak..LuV u so0o0o0o0 much!!
viva pada 20 haribulan berlansung dengan tenangnya.walaupun soalan yang ditanya tidak dijangka harap examiner dan prof nasir berpuas hati dengan jawapan dan presentation aku.amin..yang paling best aku sangatlah risau kerana aku tak rasa "nebes"..ahaks!cikmamai dan cikjon rasanya 2-4 hari sebelum viva dah kejung..aku masih lagi bergelak ketawa..aku pun tak tahu kenapa..cuba juga wujudkan suasana "nebes" itu.tapi..sampai kesudah,haram....!tapi pada pagi viva itu memang kecut jugaklah."nebes" dia memang tak ingat la..english pun terabur aja.ahaks!harap semuanya baik belaka..AMIN!

itu yang terbaik..

sepertinya orng disekeliling aku mempunyai masalah yang seakan-akan sama.mungkin pengakhiran yang sama.mungkin penyelesaian yang sama.mungkin memerlukan keredhaan yang sama.mungkin keadaan yang memaksa untuk mengalah yang sama.ya...SAMA.walaupun berlainan cerita.tapi keperitaan tetap sama dirasa.mungkin bukan masanya lagi, mungkin perjalanan masih jauh lagi, mungkin masih belum layak lagi untuk menerima kebahagiaan yang membahgiakan...MUNGKIN.
ada kisah cintanya terpaksa menunggu..ada kisah cintanya terpaksa dilepaskan tanpa rela..ada kisah cintanya bertepuk tak berbunyi..kisah cinta aku??hahaha!semua diatas..ahaks!belum masanya...
semuanya perlu sabar..redha..dua perkara yang paling penting.yang pada mulanya tertanya-tanya bagaimana mahu bersabar.bagaimana perlu redha??segalanya masa yang menentukan..selalu beringat pada diri.lepaskan dirinya pada seseorang yang menyayanginya sepenuh hati,seseorang yang akan menjaga hatinya.kerna tahu dia mungkin lebih bahgia.biar dia bahgia..mungkin itu yang terbaik.ya!itu yang terbaik!
beringat pada diri.bersabar..bertahan.tuhan itu maha adil maha menyayangi.mungkin telah tersedia kebahgian didepan..MUNGKIN!harungi hidup dengan kesabaran..insyaallah..
dearluV..
sungguh aku doa kau bahgia..sungguh!sungguh aku redha..sungguh!tolonglah bahgia dengan jalan yang kau pilih..aku tahu dia mungkin terbaik.mungkin...itu yang terbaik!

Saturday, April 10, 2010

jual ikan.

jual ikan??tak seorang pun manusia dalam dunia ini yang terlepas dari menjadi seorang penjual ikan atau dijual ikan..mengikut firasat dan pandangan aku lah.kadang-kadang semua ini berlaku tanpa disedari atau dengan sengaja.tanpa sedari juga dengan menjadikan diri anda sebagai penjual ikan sedikit sebanyak akan memberi impak pada orang sekeliling,dan meletakkan diri anda sebagai orang sekeliling yang menerima kesan si penjual ikan boleh membuat diri terasa hati.bukan sengaja untuk terasa hati..mungkin tidak biasa atau tidak disangka akan diperlakukan begitu.Maaf.itulah orang tua-tua dah pesan jangan terlalu gembira, merana akan menyusul..sedih betul!dan aku sekarang sedang menjadikan diri aku seorang penjual ikan tanpa aku sedari!TIDAK!!maaf ya bukan niat untuk tidak mesra cuma..mungkin masih terasa.gatal!dan aku juga mesti dan pernah menjadi seorang penjual ikan.untuk itu
MAAF

Monday, April 5, 2010

evening in secret recipe.

petang tadi menghabiskan masa sambil menunggu hujan berhenti di secret recipe bersama dengan dua makhluk tuhan paling sengal iaitu cikjohn dkdewidah nama kat situ mestilah membelasah kek-kek yang lazat itu..kurang lagi duit belanja bulan ini..aesh!topik perbualan berkisar tentang anak buah masing-masing..masa inilah cikdewi dan cikjohn kita ini mengeuarkan statement nak kahwin..adus!kalau cikjohn ini aku fahamlah..dah ada calon.yang seorang lagi ini..sedih!aku..relaks saja!!calon pun belum ada, lagi berani mau cakap pasal kahwin..ops!ini kalau jung yunho baca ini mesti kecik hati!!terlebih suda..kalau cerita pasal anak buah..i have six!!semuanya lelaki.meriah!!tapi yang paling berjaya menambat hati ini adalah yang sulung..(even dia tak pernah buat apa-apa untuk aku..aesh!)even dia selalu saja mengata aku..sob..sob..tapi walaupun dah masuk darjah 2, dia tak segan pun nak cium aku lagi..itu yang buat aku lagi sayang!mungkin dia membesar depan mata..siapkan dia pergi tadika, mandikan,suapkan nasi dan dialah satu-satunya anak buah yang kena kejar dengan aku satu kawasan kedai kerana taknak pergi tadika..bila ingatkan balik kejamnya aku..then bila mak dia balik, mak dia bisik kat aku..kita kalau nak suruh budak dengar cakap bukan pukul-pukul..tapi cakap baik-baik.insaf jugaklah!!oho!sekarang ini dia dah besar..gigi depan pun besar!hahaha!rindunya kat mohd adip..sentap dah ni!!walaupun entry ini macam ditujukan khas kat mohd adip ini..tak bermakna aku tak sayang yang lagi lima itu ya..adip,nazrin,naufal,nuqman,cikdin dan uzair..meLuV is always surrounding u all!!saranghae!

sakit hati

sakit hati..
bila tengok orang berkasihan depan mata..
sakit hati..
bila baca blog orang yang tengah berkasih-kasihan..
sakit hati..
bila terpaksa menadah telinga dengan cerita orang yang gila berkasih-kasih-kasihan..(xcpt for ma LuvLy cikjohn)
sakit hati..
bila baca manga yang penuh dengan aksi berkasih-kasihan..
sakit hati..
bila tengok drama kat tv yang asyik ada scene berkasih-kasihan..
sakit hati..
bila terpaksa juga berhadapan dengan semua perkara diatas..
sakit hati.

ini semua dugaan...!

nothing special...

there is nothing special today..a whole day juz wasting by reading a manga..a tons of manga!!like ive been living in manga world..whoa!!could be a real fun if i live in that world.indulgence with a fantasies..everywhere...i like!!!
fantasi..
bagi aku kehidupan sekarang adalah fantasi..fantasi yang sedikit kurang indah.fantasi dimana kurang menjanjikan kebahagian.ops!!tak bersyukur ke??!bersyukur.cuma.. a little scratch would affect the wound..macam mana luka itu nak lega kalau hari-hari kena scratch aja..haish..!!rasanya dah lama benar hidup begini..belum lagi ke masanya hidup ini nak berubah kembali..yang pasti perlu sabar..sabar itu kan separuh dari iman..chewah!
realiti..
kehidupan aku bersama dengan "my sweet LuVer".everyday is like a new day when im with him..selalu ke bersama dengan dia??selalu la!!ahaks!dia akan sentiasa bersama walau susah senang,bahagia duka,ceria suram..sentiasa akan menemani..tak pernah rasa sunyi..phewit!one day i will married this guy!hopefully..!
jung yunho saranghae!!

Sunday, April 4, 2010

redha..

redha..
sangat suka dengan perkataan ini..beberapa hari lepas keluar makan dengan cik john dan cik mamai, terkeluar perkataan "redha" dari mulut cik mamai.."kau sebenarnya dah redha dengan semua ini".terfikir sebentar, apa maksud redha?how its feel?adakah perasaan redha itu sama seperti dapat menerima kenyataan?bagaimana pula rasanya dapat menerima kenyataan?benda ini masih lagi berlegar-legar dalam kepala otak aku ini sampai sekarang..masih cuba lagi nak tahu rasa redha..masih cuba lagi belajar menerima kenyataan..masih belajar lagi walaupun dah menjangkau 4 tahun lebih..masih belajar..!dear me,kuatkan semangat!teruskan usaha!fighting!

tada.....!!

hari ini, ahad bersamaan dengan 04/04/10 tepat pukul 12.00 am terhasillah satu lagi blog yang aku harap dapat teruskan sampai bila-bila dan tak akan putus asa menulisnya.blog ini dengan rasminya akan menjadi tempat luahan perasaan dan juga nukilan yang mana aku tak dapat nak menceritakan secara lisan..